fbpx

Gempar mayat remput bertatu terdampar di Pantai Beting Lintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat reput yang ditemui terdampar di Pantai Beting Lintang, Besut hari ini.

BESUT – Pengunjung Pantai Beting Lintang di sini gempar dengan penemuan mayat reput hari ini.

Mayat tersebut ditemui terdampar di persisir pantai peranginan itu pada pukul 9.08 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, pemeriksaan mendapati mayat dipercayai lelaki itu hanya memakai seluar pendek.

“Setakat ini identitinya masih belum diketahui memandangkan tiada sebarang pengenalan diri ditemukan.

“Begitupun kita tidak tolak kemungkinan mungkin mayat itu adalah warga asing berikutan penemuan beberapa tanda seperti tatu pada bahagian badannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Sani berkata, siasatan awal percaya mayat reput tersebut dihanyutkan ombak ke pesisir Pantai Beting Lintang.

Beliau berkata, mayat berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terenganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI