fbpx

EPL: Newcastle nafi kebangkitan Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAK meledak dua gol ketika membantu Newcastle membenam cabaran Forest pada aksi kelmarin. - AFP

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengakui dia terpaksa ‘berperang’ dengan emosi ketika meraih kemenangan 4-3 ke atas Nottingham Forest kelmarin.

Selepas Forest memperoleh gol pembukaan, Howe menjelaskan beliau terpaksa ‘melawan; dirinya sendiri supaya kekal positif dan tenang untuk memastikan The Magpies mampu mempamer kebangkitan.

“Saya mengawal pemikiran saya dan cuba kekal positif. Kami memenangi perlawanan dan jelas sekali itu yang kami mahukan dan saya fikir kami bermain dengan baik di babak pertama.

“Kami gagal bermain seperti ini ketika menentang Manchester City, tetapi pada perlawanan kali ini kami mampu melakukannya. Memang kami tidak dapat mengawal permainan dengan baik, tetapi kami gembira dapat memperoleh kemenangan,” katanya.

Callum Hudson-Odoi terlebih dulu meletakkan Nottingham Forest di depan, namun Newcastle bangkit dengan empat gol menerusi dua jaringan Alexander Isak dan satu daripada Lewis Miley dan Jacob Murphy dalam tempoh 10 minit dalam babak pertama.

Walaupun Forest menambah dua lagi gol menerusi Nikola Milenkovic dan Ryan Yates pada babak kedua, ia seakan sudah terlambat untuk menafikan tiga mata buat The Magpies.

“Ia perlawanan yang sukar khususnya apabila lawan terlebih dulu berada di depan hingga memberikan tugasan mencabar buat pemain kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI