fbpx

EPL: Keyakinan Liverpool makin tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH terus membuktikan ketajaman selepas meledak gol pembukaan ketika Liverpool membenam City awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Liverpool, Arne Slot percaya kelebihan 11 mata yang dimiliki pasukannya ketika ini membolehkan mereka berada pada kedudukan terbaik untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris.

Awal pagi semalam menyaksikan The Reds mengukuhkan kedudukan di persada EPL selepas membenam cabaran Manchester City 2-0 di Etihad sekali gus melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat Arsenal yang tewas kepada West Ham United kelmarin.

Dua gol pada babak pertama menerusi Mohamed Salah dan Dominik Szoboszlai cukup untuk memberikan kemenangan buat Liverpool membolehkan mereka berada pada kedudukan selesa berbaki 11 perlawanan musim ini.

“Sangat sukar untuk menentukan keadaan carta liga sebelum semua aksi berakhir. Pada pandangan saya, menentang Aston Villa dan Manchester City di tempat lawan adalah perlawanan sukar dan kami boleh tercicir mata.

“Kami berada di kedudukan yang baik, tetapi kami sedar bahawa aksi selepas ini bertemu Wolves juga tidak mudah. Kami akan menentang Newcastle United pada Khamis nanti, pasukan yang kami seri 3-3 sebelum ini. Tapi, jurang mata ini melegakan kami.

“Tiga hari lalu kami terikat menentang Villa dan orang memberitahu kami bahawa kami tidak dalam keadaan baik, tetapi kali ini kami menang dan situasi itu berubah lagi. Kami sentiasa bekerja keras dan ia perlu dikekalkan untuk tempoh tiga bulan terakhir ini,” jelasnya.

Pada perlawanan tersebut, Salah berjaya melengkapkan jaringan ke-30 dan umpanan gol ke-21 untuk semua kejohanan musim ini dan dia mengakui berada pada tahap yang terbaik sepanjang karier di Anfield.

“Mungkin ramai yang menganggap prestasi terbaik saya ketika musim pertama bersama Liverpool, tetapi saya fikir tempoh itu adalah ketika ini kerana kami sedang menghampiri kejuaraan serta saya bertanggungjawab membantu pemain muda,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI