fbpx

Dewan Rakyat: Iklan media sosial berdasarkan algoritma pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sikap atau trend tontonan antara faktor pengguna disajikan dengan iklan yang tidak sepatutnya di media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, iklan yang disajikan di laman media sosial berdasarkan algoritma pengguna.

“Sebagai pengguna, apabila kita melawat laman sessawang atau guna media sosial, kebanyakan iklan disajikan berfasarkan algoritma. Maka dari situ kita lihat sikap dan trend tontonan oleh pengguna itu sendiri.

“Kalau seseorang itu ada potensi menonton bahan yang tidak sepatutnya mereka tonton, maka iklan seperti itulah yang disajikan kepada mereka,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Hajah Halimah Ali (PN-Kapar) mengenai iklan bahan lucah di media sosial, tabloid dan media massa dalam talian.

Terdahulu, Fahmi berkata, dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform.

Menurut beliau, sebanyak 3,670 laman sesawang telah dikenakan tindakan sekatan bagi tempoh yang sama.

Kata beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi bermula 1 Januari 2025.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang berdaftar mematuhi obligasi-obligasi di bawah Akta 588 serta mengamalkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI