fbpx

Budak umur setahun hilang di Tanah Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hud Aryan yang dilaporkan hilang di Kampung Aira, Kuala Tiga dekat Tanah Merah malam tadi. -Foto JBPM

TANAH MERAH – Seorang kanak-kanak lelaki hilang dalam kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam tadi.

Mangsa dikenali Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi yang berusia satu tahun tujuh bulan dikatakan baru saja boleh berjalan dan kedudukan rumah keluarganya terletak berdekatan parit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd. Asmadi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.02 malam sebelum bergegas ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Gerakan mencari mangsa dilakukan bersama polis dan orang awam di sekitar rumah mangsa dan kawasan berdekatan termasuk parit, namun mangsa tidak dijumpai sehingga tengah malam tadi sebelum operasi ditangguhkan. Operasi disambung mencari kanak-kanak itu disambung semula pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahli keluarga mangsa, Muaz Ramli, 33, ketika dihubungi berkata, mangsa hilang secara tiba-tiba selepas selesai makan malam.

Katanya, menyedari ketiadaan mangsa dalam rumah, ibunya mencari mangsa di kawasan sekitar rumah dan kampung.

“Keluarga mangsa terus menghubungi pasukan bomba untuk membantu operasi mencari mangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI