fbpx

Budak lelaki tahan sakit kaki tersepit eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak lelaki tersepit eskalator di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam apabila kakinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Satu video tular di media sosial menunjukkan keadaan cemas apabila seorang kanak-kanak dilihat menangis dengan bahagian kaki tersepit eskalator.

Beberapa individu termasuk pengawal keselamatan dilihat cuba membantu dan mengawal keadaan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 8.49 malam semalam.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersepit pada eskalator.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum distabilkan oleh anggota bomba dan pihak Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada ibu bapanya dan dirujuk ke pusat perubatan swasta berdekatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI