fbpx

Beras putih tempatan kembali di pasaran 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Orang ramai boleh mula mendapatkan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) bermula 1 Mac depan.

Bekalan beras itu akan berada di pasaran sedia ada di seluruh Semenanjung dan turut dipasarkan di Program Jualan Rahmah Madani.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd. berkata, sebanyak 24 juta kampit beras akan berada di pasaran Semenanjung dalam tempoh enam bulan bermula Mac ini.

Beliau berkata, pembelian beras berkenaan bagaimanapun dihadkan kepada dua kampit sahaja dengan menggunakan pelbagai jenama pada harga subsidi RM26.

“Buat masa ini, tiada keperluan untuk keluarkan satu jenama khusus bagi BPT bersubsidi itu, sebaliknya ia akan dikenali dengan pelbagai jenama.

“Barangan keperluan harian itu diharap dapat memanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini termasuk 77,000 KIR miskin tegar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, mengikut data sedia ada, mereka (400,000 KIR miskin) memerlukan dan bergantung kepada beras berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI