fbpx

Antony terima kad merah pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY

GETAFE – Bintang pinjaman Real Betis daripada Manchester United, Antony dilayangkan kad merah pertamanya musim ini ketika menewaskan Getafe 2-1 dalam aksi La Liga di Stadium Coliseum awal pagi semalam.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu bermula cemerlang apabila mencipta bantuan jaringan kepada gol pertama Betis yang disudahkan oleh Isco pada minit ke-18.

Isco kemudiannya menggandakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-77 sebelum Borja Mayoral merapatkan jurang buat Getafe, namun sudah terlambat untuk menafikan kejayaan Getafe.

Bagaimanapun, kemenangan Betis dicemari dengan insiden kad merah yang dilayangkan terhadap Antony gara-gara terjahan kerasnya dari belakang pada penghujung perlawanan.

Situasi itu menyebabkan Antony perlu menjalani hukuman penggantungan sekurang-kurangnya tiga perlawanan, sekali gus terlepas aksi getir menentang juara bertahan, Real Madrid pada Ahad ini.

Ia pastinya satu tamparan besar buat Betis memandangkan Antony kini dilihat seperti kembali menemui sentuhan terbaiknya sejak berhijrah ke bumi Sepanyol secara pinjaman bulan lalu.

Sebagai rekod, Antony berjaya meledak tiga gol selain mencipta dua bantuan jaringan daripada lima perlawanan dalam semua kejohanan bersama Betis.

Kecemerlangannya menyaksikan Betis kini melonjak ke tangga ketujuh, 35 mata sama dengan pasukan tempat keenam, Rayo Vallecano yang merupakan slot ke Liga Konferens Europa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI