fbpx

Usaha bersepadu atasi masalah banjir di Sabah diperhebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika melakukan tinjaun di kolam takungan utama di Kota Kinabalu, hari ini. -Foto Facebook Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah melaksanakan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu Sungai Moyog dan rancangan tebatan banjir Lido, Kota Kinabalu bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk selain menyokong pembangunan mampan bandar raya yang sedang pesat membangun.

“Saya berkesempatan untuk meninjau kolam takungan utama yang merupakan salah satu komponen penting dalam usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan ini.

“Kawasan Bandaraya Kota Kinabalu kini sedang berkembang pesat dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat. Namun, masalah banjir masih menjadi cabaran utama,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara hari ini, mempengerusikan Mesyuarat High Level Committee (HLC) Pengurusan Bencana Negara dan mendengar taklimat JPS Sabah mengenai pelaksanaan projek tebatan banjir di kawasan tersebut.

Beliau turut berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar demi kepentingan penduduk di sekitar Kota Kinabalu.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini dan berharap agar ianya berjalan lancar demi manfaat rakyat khususnya di Kota Kinabalu ini, insya-Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI