PETALING JAYA – “Saya tak tahu nak tanya siapa dah, boleh ke nak gugurkan kandungan? Apa perlu buat?.”
Itu soalan seorang remaja perempuan yang buntu kepada orang ramai apabila didapati hamil selepas terlanjur dengan teman lelakinya.
Kata remaja terbabit, lelaki berkenaan yang dikenali selama tujuh bulan itu juga telah menyekatnya di semua media sosial menyebabkan dia tiada tempat untuk mengadu.
“Saya tak pernah tahu alamat rumah dia (teman lelaki). Tak tahu nak minta tolong siapa dah. Kalau ibu bapa saya tahu lagi la (teruk) sebab saya masih 17 tahun.
“Cuma nak minta tolong, apa perlu saya buat sekarang?,” soalnya di aplikasi Threads .
Perkongsiannya itu meraih perhatian netizen yang mana ada cuba membantu, malah tidak kurang juga yang mengecam.
“Mesej akak, akak bantu. Serius akak bantu beritahu ja awak dekat mana,” ujar muabellbeautymakeup.
“Pergi klinik kesihatan, dekat sana ramai boleh tolong. Ramai yang tak tahu pasal ni tapi dekat sana ada jururawat yang boleh jaga awak dan kaunselor akan nasihat sebaik mungkin,” komen seorang netizen.
“Dah buat dosa zina, nak buat dosa membunuh pula ke? Apa dosa budak tu? Dekat akhirat dia akan tuntut hak dia. Pada saya dah terlajur tu bertaubatlah,” nasihat netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE