fbpx

Sanusi lepas bebas tuduhan menghasut berkaitan Al-Sultan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi atas pertuduhan menghasut yang dikaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustafa Billah Shah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Aslam Zainudin membuat keputusan itu selepas pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan itu.

Pada 18 Julai 2023, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa atas dua pertuduhan menyebut perkataan menghasut menyentuh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Al Sultan Abdullah di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak, pukul 11 malam, 11 Julai 2023.

Pada 10 Disember tahun lalu, beliau dilepaskan dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi atas satu kes menghasut yang menyentuh Sultan Selangor dalam satu ceramah politik, Julai tahun lalu.

Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Sanusa atas nama ukhuwah sesama Islam serta bangsa Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI