fbpx

Restoran tawar RM3,000, buru pelanggan tulis ‘review’ negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran TOYOJIRO di Kyoto menerima rating tinggi. - Instagram

TOKYO – Pemilik sebuah kedai ramen di Kyoto menyelar pelanggan yang meninggalkan ulasan buruk tentang premis tersebut dan menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat mengenal pasti individu terbabit, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Pemilik kedai TOYOJIRO mengisytiharkan ‘perang’ ke atas dua pelanggan yang memberikan cuma satu bintang kepada restoran itu.

Dia turut memuat naik gambar pelanggan itu di samping ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang mengenali mereka.

“Saya ada melihat hantaran anda dan ia agak pelik. Kami tidak menganggap orang seperti anda sebagai pelanggan.

“Datang semula ke sini dan saya akan ‘kerjakan’ anda,” katanya dalam hantaran tersebut.

Restoran itu menawarkan ganjaran tunai 100,000 yen (RM3,000) setiap seorang, bagi sesiapa yang mampu mengesan lokasi dua pelanggan tersebut.

Tambahnya, pencarian itu akan berterusan sehinggalah mereka menulis ulasan positif.

Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan selepas pengguna media sosial menyelar tindakan pemilik restoran itu dan reaksinya yang keterlaluan.

“Saya tahu terdapat baik dan buruk dalam hal ini. Bagi tindakan yang melampau, saya sedar mengenainya dan mahu melupakan perkara ini. Terima kasih,” kata hantaran baharu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI