fbpx

PRN17 Sabah: UMNO terbuka jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika ditemui media sejurus meninjau tapak projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu di Cyber City hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

KOTA KINABALU – UMNO terbuka menjalankan kerjasama bersama parti-parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pihaknya bersifat fleksibel apabila mengatakan tentang sebarang jalinan kerjasama politik terutamanya ketika musim pilihan raya.

“Kita tidak menutup rapat jika wujudnya sebarang kerjasama, namun jangan dibuka terlalu luas. Ini bermakna kita sangat fleksibel untuk mengadakan perundingan dengan parti-parti supaya gabungan ini akan memberikan keberhasilan bagi mewujudkan kestabilan politik khususnya di negeri Sabah.

“Saya nampak cahaya yang cukup terang di hujung terowong dan kita akan meneruskan tugas-tugas sedia ada ini demi rakyat di sini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu di Cyber City hari ini.

Ditanya mengenai kuasa autonomi, Ahmad Zahid berkata, perkara terbabit datang daripada pimpinan Pusat.

“Sejak 5 Februari 1991, keberadaan UMNO di Sabah bukan kerana satu perancangan, tetapi atas permintaan pemimpin politik dan rakyat Sabah ketika itu.

“Maka selama 34 tahun keberadaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sudah memberikan keberhasilan dari segi pembangunan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI