fbpx

Presiden Ukraine sedia letak jawatan tetapi bersyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Volodymyr Zelensky. - Foto AFP

KYIV – Presiden Volodymyr Zelensky berkata bahawa beliau akan segera meletak jawatan sebagai pertukaran untuk keamanan atau Ukraine diterima menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar The Sun semalam.

“Jika ia mengenai keamanan di Ukraine dan anda benar-benar mahu saya meninggalkan jawatan saya, saya bersedia untuk melakukan itu (sebagai pertukaran untuk keamanan).

“Kedua, saya boleh menukarnya dengan (mendapatkan keahlian) NATO.

“Jika ada peluang sebegitu, saya akan melakukannya dengan segera tanpa berbincang panjang mengenainya,” kata Zelensky.

Beliau menekankan bahawa keselamatan Ukraine adalah keutamaannya dan menambah,  bukan impiannya untuk kekal sebagai Presiden Ukraine selama satu dekad.

Kenyataan mengejutkan itu dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin mengadakan rundingan damai tanpa penglibatan Ukraine. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI