fbpx

Pemilik syarikat tidak mengaku kemuka geran latihan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madervan (dua dari kanan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen geran latihan mengandungi butir matan palsu bernilai RM39,692, empat tahun lalu.

Tertuduh, K. Madervan, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh selaku pemilik Syarikat MK Talent Development and Management Consultancy telah memberikan suatu dokumen iaitu geran latihan pekerja berjumlah RM39,692 kepada beberapa ejen HRDCorp dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya sedangkan latihan tersebut tidak dilaksanakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan terbabit di pejabat syarikatnya di Taman Bukit Kechil, Bukit Mertajam pada 16 dan 27 Jun 2021.

Ketika prosiding, Muaz Ahmad menawarkan jaminan RM30,000 namun Ashok memohon jaminan minima atas alasan anak guamnya kini hanya tutor sambilan dengan pendapatan RM2,000 sebulan selain mempunyai tanggungan anak di universiti.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 selain menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri ke pejabat SPRM berhampiran setiap bulan. Kes akan disebut semula pada 18 April depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI