fbpx

MotoGP: Yamaha enggan terbuai pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAHA melalui aksi pramusim yang sangat positif, namun enggan terlalu terbuai dengan prestasi tersebut. - AFP

JEREZ – Pasukan Monster Energy Yamaha enggan terjebak dalam perang saraf selepas dilabelkan sebagai pencabar utama oleh Ducati menjelang saingan musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Ketua pasukan Yamaha, Massimo Meregalli berkata, masih terlalu awal untuk menganggap pengeluar dari Jepun itu sebagai pencabar kejuaraan biarpun mempamerkan prestasi cukup baik sepanjang sesi ujian rasmi.

Dianggap mampu menamatkan setiap perlumbaan musim ini dalam kelompok lima teratas, Meregalli menegaskan, sasaran itu agak keterlaluan apabila mengambil kira pencapaian mereka sepanjang musim lalu.

“Bagi saya, ia (kelompok lima teratas) agak keterlaluan kerana kami hanya mahu kekal realisitik dan cuba mencapai objektif yang ditetapkan. Mungkin kami memerlukan sedikit masa sebaik sahaja saingan bermula.

“Saya fikir mungkin selepas separuh saingan nanti, barulah kami boleh membuat penilaian sama ada Yamaha boleh bersaing dan mencabar pasukan-pasukan teratas ataupun tidak nanti,” katanya.

Terdahulu, pada sesi ujian rasmi yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Litar Antarabangsa Buriram bulan ini, Yamaha menunjukkan prestasi cukup baik menerusi Fabio Quartararo dan Alex Rins.

Sementara itu, Meregalli menganggap kerja keras yang ditunjukkan semua orang dalam pasukan itu mula membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai sasaran dimahukan sepanjang aksi pramusim sebelum ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN