fbpx

Luahan Pembaca: Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai ‘lembab’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKEMBANGAN pembinaan di tapak projek Lebuh Raya KB-KK yang kelihatan terlalu perlahan di sekitar kawasan Buluh Poh, Ketereh dekat Kota Bharu.

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN Persekutuan dan Kerajaan Kelantan sebelum ini memberi jaminan Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) akan siap sebelum boleh digunakan pada 2027.

Buat masa ini, lebuh raya itu hanya siap sejauh 14 kilometer iaitu dari Pasir Hor, Kota Bharu ke Buluh Poh, Ketereh, sekali gus dapat menjimatkan perjalanan dari 30 minit kepada kira-kira 10 minit perjalanan.

Lebuh raya sepanjang 66.88 kilometer dengan kos RM2.33 bilion itu dipecahkan kepada tujuh pakej menghubungkan bandar Kota Bharu ke Kuala Krai sebelum bersambung dengan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Jangkaan perjalanan lebih satu jam bermula dari Kota Bharu ke Kuala Krai dapat dikurangkan kepada 30 minit sekiranya lebuh raya tersebut siap kelak.

Apa yang menjadi kebimbangan, kemajuan Lebuh Raya KB-KK sangat perlahan.

Kerajaan negeri sebelum ini memaklumkan terdapat pertukaran kontraktor bagi beberapa pakej projek tersebut ketika pasca pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan kelewatan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, lebuh raya itu projek Kerajaan Persekutuan dan ramai yang tidak faham selain me­nyalahkan kerajaan negeri apabila kemajuannya lambat.

Rakyat Kelantan seme­mangnya tidak sabar untuk mempunyai satu lebuh raya pertama yang lengkap untuk kemudahan perjalanan harian mereka.

Bayangkan, semua negeri di Semenanjung sudah mempunyai jaringan lebuh raya, sebaliknya Kelantan masih ketinggalan dalam menerima kemudahan itu.

Jaringan lebuh raya di Kelantan dilihat mampu mengurangkan kesesakan di pekan-pekan kecil dari Kota Bharu ke Kuala Krai terutamanya apabila musim cuti persekolahan dan perayaan.

Persoalannya, berapa lama lagi rakyat mahu tunggu dan adakah Lebuh Raya KB-KK itu dapat siap untuk digunakan pada 2027 seperti yang dijanjikan oleh pihak kerajaan?

Melihat kemajuan projek yang sangat perlahan, masih belum ada jawapan konkrit yang boleh diberikan kerajaan kepada rakyat.

Perantau
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN