fbpx

Lelaki OKU maut jatuh rel: Bukan disebabkan kegagalan sistem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (kanan) melakukan simbolik gimik perasmian merasmikan Pelancaran BAS.MY di Dewan Bandaraya Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Insiden seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas terjatuh dan dilanggar tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Kuala Lumpur Sabtu lalu, bukan disebabkan oleh kegagalan Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, meskipun siasatan kes tersebut masih dijalankan, pihaknya yakin kejadian itu bukan berpunca daripada kegagalan sistem di stesen berkenaan.

“Saya tidak fikir begitu (kegagalan sistem). Kalau ada apa-apa objek jatuh di landasan, biasanya sistem akan automatik ‘shut down’. Kebetulan semasa mangsa terjatuh, tren pun sampai jadi tidak sempat untuk sistem berhenti.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu merumuskan apa punca kejadian tersebut berlaku sehingga siasatan selesai, tapi sudah tentu bukannya disebabkan sistem gagal,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaraya Ipoh, di sini hari ini.

Menurut Anthony, susulan kejadian tersebut, pihaknya akan menambah baik infrastruktur di semua stesen LRT agar insiden seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

Sementara itu, dalam perkembangan yang berbeza, beliau mengalakkan syarikat bas memohon permit tambahan bagi perkhidmatan bas ekspres sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan depan.

Anthony berkata, permohonan permit tambahan itu bagi memastikan perkhidmatan bas mencukupi dan dapat menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

Katanya, pada masa sama, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) termasuk Perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) akan menambah tiket bagi menampung permintaan ramai.

“Semua syarikat-syarikat bas digalakkan untuk memohon permit tambahan atau lesen permit sementara dan kita memang akan memberikan kelulusan untuk perjalanan tambahan.

“Begitu juga dengan KTMB dan ETS, mereka juga akan menambah perjalanan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI