PUTRAJAYA – Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK) di Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada 2027.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ketika ini, KBKK telah mencapai tahap kemajuan kira-kira 80 peratus.
Beliau berkata, pihaknya optimis KBKK dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan kerana baki 20 peratus lagi projek itu sedang diusahakan kontraktor yang dilantik baru-baru ini.
“Kami difahamkan projek ini akan mengambil masa selain Kelantan yang sebelum ini berdepan monsun dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh 2025 di sini hari ini.
Sebelum ini tular beberapa gambar mengenai status projek KBKK sepanjang 66.9 kilometer (km) bernilai RM2.3 bilion yang didakwa terbengkalai. – KOSMO! ONLINE