fbpx

KWC sediakan 800 pilihan gerai jualan keperluan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan model memperagakan pakaian raya pada majlis pelancaran Kempen Lip Lap Lip Lap Raya 2025 di KWC, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – KWC Fa­shion Wholesale (KWC) melancarkan kempen Lip Lap Ria Raya 2025 yang diinspirasikan daripada permainan video ikonik era 90-an yang menampilkan corak visual piksel bertemakan motif songket tradisional.

Kempen yang berlangsung selama satu bulan bermula 1 Mac ini bertujuan memberi inspirasi kepada pelanggan, khususnya wanita berpakaian lebih unik pada Aidilfitri ini.

Menurut Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC, Wendy Lam, ini adalah kempen kali pertama diadakan secara ­besar-besaran di pusat beli-belah ini setelah ia dijalankan secara kecil-kecilan sejak tahun 2018.

“Melalui kempen ini, kami menyediakan 800 gerai dengan pelbagai jenis jualan barangan yang mampu memenuhi keperluan raya masyarakat tempatan padaharga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini kelmarin.

Bersempena bulan Ramadan, Lam menjelaskan, KWC turut menyediakan ruang untuk jualan bazar Ramadan yang dibuka setiap hari sepanjang bulan puasa bermula jam 3 petang hingga 7 malam dengan pelbagai hida­ngan enak seperti Nasi Arab, ­Takoyaki dan Panipuri.

Selain itu, katanya, KWC turut bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Sri Selangor untuk menyemarakkan semangat ­Ramadan melalui pengagihan bubur lambuk serta tajaan pakaian raya untuk ke­luarga asnaf daripada Iltizam Relief Society dan anak-anak yatim dari komuniti setempat sepanjang kempen ini berlangsung.

“Kami juga mengadakan pertandingan tarian tradisional Melayu buat kanak-kanak yang bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka mempersembahkan bakat masing-masing sambil meraikan kekayaan ­warisan budaya Malaysia,” ­katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI