fbpx

Kerana harta pusaka, adik tergamak tikam abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa berkumpul di lokasi kejadian. - Detik Jabar

JAKARTA – Seorang lelaki di Sukabumi, wilayah Jawa Barat maut akibat ditikam oleh adik kandungnya sendiri selepas mereka bertengkar mengenai harta pusaka, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku kelmarin ketika mangsa, Hendra, 55, pergi ke rumah suspek, Prengki, 53.

Menurut anak saudara kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Alfi, suspek dan mangsa sudah lama bersengketa gara-gara isu pembahagian harta pusaka datuk mereka.

“Persengketaan itu sudah lama, namun tidak sangka pula sampai jadi begini,” katanya.

Ketua Sub Bahagian Polis Kota Sukabumi, Ipda Ade Ruli berkata, sebelum kejadian, mangsa pergi ke bandar itu untuk menemui suspek.

“Kedua-dua mereka bertengkar ketika bertemu. Setelah keluar dari rumah itu, suspek tidak berpuas hati lalu mengejar mangsa sambil membawa senjata tajam,” katanya.

Tambah Ade, suspek kemudian menikam mangsa hingga dia mati di tempat kejadian. 

Suspek telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI