fbpx

‘Kenapa Syamsul nak bagi hadiah, dia bukan suami saya lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah menafikan dakwaan dia menerima hadiah berupa kereta mewah daripada bekas suami, Syamsul Yusof.

PETALING JAYA – Bakal memandu jentera baharu, kegembiraan pelakon Puteri Sarah Liyana membeli kereta idaman turut membuatkan netizen teruja.

Biarpun tidak dinyatakan jenis kenderaan, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, menolak telahan seorang individu yang menyangka itu hadiah daripada bekas suami, Syamsul Yusof.

“Kenapa dia nak bagi saya hadiah? Dia bukan suami lagi pun,” katanya membalas komen pengikut dalam hantaran video TikTok.

Menerusi potongan video tersebut, ibu tunggal dua anak itu berada di sebuah pusat pameran kereta untuk membawa pulang kereta baharunya.

Puteri Sarah berbual bersama seorang perunding jualan dan di belakang mereka adalah kenderaan yang dilitupi kanvas bersama riben merah.

Rata-rata menebak jentera yang kelihatan agak besar itu sebagai Kenderaan Serbaguna (MPV) Alpahard, manakala sebahagian pengikut lain menyatakan itu merupakan Mercedes Benz G63 Brabus.

Namun pelakon terbabit tidak memberikan sebarang maklum balas berkenaan jenis dan jenama kenderaan terbabit.

“Terbaik, Syamsul fikirkan positif untuk ibu kepada anak-anaknya,” kata seorang pengikut.

“Kalau daripada Syamsul dia ambil kan,” tulis netizen lain.

Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023 selepas sembilan tahun hidup bersama.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Summayah, 7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI