fbpx

Kawalan ketat, operasi PATI di kampung tradisi Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kawalan lebih ketat termasuk tindakan operasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung-kampung tradisi sedang diteliti bagi mengekang lambakan kehadiran mereka.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri mengambil maklum terhadap peningkatan penempatan golongan tersebut di dalam kawasan kampung berkenaan yang menimbulkan permasalahan seperti sampah.

Kata beliau, kerajaan negeri bersedia melaksanakan pengurusan sampah secara bersistematik melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) selain meneliti pengawalseliaan warga asing di kampung tradisi.

“Antara yang sedang kita teliti (isu pengurusan sampah) dan insya-Allah sekiranya sesuai dilaksanakan, tindakan yang boleh diambil termasuklah dengan melibatkan JPKK terhadap sistem pengurusan sampah bersasar dan mengenal pasti kawasan bagi pembuangan sampah yang lebih bersistematik.

“Justeru, kerajaan negeri akan meneliti langkah-langkah pengawalseliaan (PATI dan warga asing) yang lebih berkesan termasuk kawalan yang lebih ketat serta pemantauan dan tindakan operasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berwajib yang lain,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Terdahulu, Abbas Salimmi Che Adzmi @ Azmi (PH – Seri Serdang) membangkitkan pengurusan sampah yang kritikal selepas semakin ramai warga asing dan PATI menduduki rumah-rumah di kampung tradisi sehingga mampu membuka premis perniagaan termasuk menjual rokok seludup

“Di kawasan saya, di kampung tradisi di bawah Sri Serdang, pendatang Rohingya sebagai contoh, bahkan mereka sudah berani membuat kenduri secara besar-besaran dan budaya mereka berbeza dengan kita,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Rizam berkata, pemilik tanah dan pemaju harus bertanggungjawab dalam memajukan pembangunan di kampung tradisi dan kampung baharu tidak menjejaskan nilai sejarah serta kesejahteraan masyarakat setempat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI