fbpx

JDT tepati ramalan julang trofi Liga Super ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN diasak pertahanan Perak FC, Tommy Mawat pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan menjuarai Liga Super musim 2024/2025, kemenangan 11 musim berturut-turut selepas menewaskan Perak FC 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya mengesahkan kejuaraan lebih awal dengan berbaki empat permainan setelah mengumpul 58 mata daripada 20 perlawanan, dan tidak mampu digugat percabar terdekat, Selangor FC.

JDT yang sudah memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA pada musim ini berada di landasan tepat bagi melakar sejarah ‘triple quadruple’ dengan memburu Piala Malaysia bagi melengkapkan gelaran tersebut.

Hasrat pengendali The Bos Gaurus, Yusri Che Lah untuk menangguhkan pesta JDT tidak kesampaian setelah anak buah Hector Bidoglio tampil beraksi baik dengan menjaringkan satu gol dalam setiap babak permainan.

JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Ahmad Zuhadi  Dzulkifli selepas bola yang dikuis Obregon terkena tangan Ariffin Ar-Rashid Ariffin.

Penyerang kelahiran Colombia itu tidak berdepan tugas sukar menyudahkan sepakan penalti itu apabila berjaya memperdayakan penjaga gol yang melayangkan badan ke arah berlawanan pada minit ke-64.

Walaupun bolos dua gol, Haziq tampil cemerlang apabila menafikan beberapa peluang keemasan JDT termasuk sepakan voli Arif Aiman pada minit ke-78.

Pada penghujung permainan, penyerang muda, Farris Izdiham Awang Kechik yang dibawa masuk berupaya melakukan percubaan tepat ke arah gol JDT, namun tidak berjaya menewaskan penjaga gol, Christian Abad Amat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI