fbpx

‘Influencer’ kaut lebih RM182,000 sehari baring atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Gu Xixi. - Foto Douyin

BEIJING  – Seorang pesohor media sosial wanita berkata bahawa dia memperoleh lebih 300,000 yuan (182,000) dalam sehari dengan cuma berbaring di atas katil, lapor portal South China Morning Post semalam.

Pesohor bernama Gu Xixi itu mempunyai hampir lima juta pengikut  di laman sosial. Dia mendedahkan pendapatannya semasa penstriman langsung di internet, baru-baru ini.

Antara 8 hingga 16 Februari lalu, jualannya pada satu platform penstriman langsung utama adalah bernilai 10.39 juta yuan (RM6.3 juta) dengan dia mendapat komisen berjumlah 2.79 juta yuan (RM1.6 juta).

Pada platform penstriman langsung yang lain, jualannya bernilai 8.94 juta yuan (RM5.4 juta) sepanjang tujuh hari lalu.

“Saya menghabiskan sepanjang hari berbaring di atas katil, tidak melakukan apa-apa dan masih membuat jualan 1.16 juta yuan (RM970,000) di kedai Douyin saya, dengan anggaran komisen sebanyak 303,200 yuan (RM184,000),” katanya.

“Semakin anda mencemburui saya dan semakin anda mengkritik saya, semakin banyak wang  yang saya peroleh. Ia bukan tentang memperoleh ratusan ribu yuan sebulan, ia adalah tentang memperoleh ratusan ribu yuan setiap hari!” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI