fbpx

EPL: Arteta berang aksi longlai pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOWEN (kanan) menanduk masuk bola untuk gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Arsenal di Emirates kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menuduh para pemainnya kekurangan standard untuk memenangi Liga Perdana Inggeris selepas menyaksikan pasukan itu tewas 0-1 berdepan West Ham United di Emirates kelmarin.

Gol tunggal perlawanan menerusi Jarrod Bowen pada minit ke-44 menyaksikan pasukan pelawat berjaya mendiamkan penyokong tuan rumah ketika Arsenal hanya berjaya melakukan dua percubaan tepat sepanjang perlawanan itu.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal gagal merapatkan jurang dengan pendahulu, Liverpool ketika kemenangan mampu meletakkan The Gunners pada situasi terbaik dalam perebutan gelaran juara EPL musim ini.

Kecederaan yang dialami pemain di bahagian serangan melibatkan Kai Havertz, Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka menyebabkan Arsenal tidak begitu berbahaya apabila Mikel Merino diberi tugas sebagai penggempur tunggal.

Bagaimanapun, Arteta enggan menjadikan ketiadaan pemain penyerang sebagai alasan kekalahan tersebut sebaliknya mempersoalkan standard para pemain yang diturunkan yang dilihat gagal memberikan aksi terbaik.

“Saya menolak alasan tersebut, saya bercakap mengenai standard pemain kami dan prestasi baik pasukan lawan pamerkan. Apa yang jelas kami masih jauh daripada tahap untuk mendapatkan peluang memenangi EPL.

“Benar kami antara pasukan yang konsisten, tetapi dalam bola sepak adalah mengenai apa yang kamu lakukan pada perlawanan itu dan kali ini kami sangat jauh daripada tahap yang sepatutnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI