fbpx

Enam pelajar sekolah cedera, bas dinaiki rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas membawa 32 pelajar yang terlibat dalam kemalangan sehingga mencederakan enam pelajar di Jalam Sungai Emas - Padang Kubu, Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seramai enam pelajar sekolah cedera selepas bas yang dinaiki mereka dikatakan terbabas ekoran jalan licin di Jalan Sungai Emas – Padang Kubu, Kijal di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 6.50 pagi itu berlaku sewaktu kesemua mangsa berusia 13 hingga 16 tahun tersebut dalam perjalananan ke sekolah.

Pemandu bas, Hashimi Ahmad, 59, mendakwa, sewaktu kejadian, bas sekolah dipandunya sedang membawa 32 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bandi termasuk enam mangsa terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian terletak berhampiran sebuah kilang memproses kelapa sawit, bas yang saya pandu tiba-tiba hilang kawalan disebabkan permukaan jalan licin dan berminyak.

“Ia menyebabkan bas saya pandu terbabas lalu merempuh sebatang pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Hashimi berkata, dia segera membantu semua pelajar terlibat sebelum menghubungi klinik berhampiran bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, empat daripada mangsa terbabit telah dikejarkan ke Hospital Kemaman di sini, manakala dua lagi di Klinik Kesihatan Sero Bandi di sini untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, pemandu bas terselamat tanpa sebarang kecederaan, manakala ujian urinnya juga negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI