fbpx

Dua rentung, dua lagi melecur kebakaran kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA warga Bangladesh yang melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, Melak, pagi tadi.

MELAKA – Dua pekerja kilang warga Bangladesh rentung, manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan I Roslan Manas berkata, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS 999 pada pukul 10.08 pagi dan 12 anggota bomba termasuk bantuan dari BPP Cheng bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 10.20 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan bilik transformer bersaiz 1,000 kaki persegi di tingkat atas bangunan dua tingkat. Sebanyak 40 peratus bahagian bilik tersebut musnah dalam kebakaran,” katanya.

Tambahnya, terdapat empat pekerja kilang warga Bangladesh terperangkap dalam kejadian tersebut.

“Dua daripada mereka berjaya diselamatkan, namun mengalami kecederaan melecur, manakala dua lagi rentung selepas terperangkap di dalam bilik tersebut.

“Usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap berdepan cabaran kerana api masih marak semasa operasi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI