fbpx

Dewan Rakyat: Ramai mohon masuk Maktab Tentera Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, kes buli yang berlaku tidak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja (MTD)

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pihaknya mendapati keyakinan rakyat terhadap institusi itu malah kekal tinggi.

“Pada 2024, permohonan ibu bapa untuk masuk ke MTD seramai 2,200, manakala 2025 sebanyak 3,990, sedangkan pengambilan hanya 260 orang.

“Walaupun pelbagai isu dibangkitkan, kita tahu MTD mempunyai disiplin tersendiri dan keyakinan itu kita lihat menerusi permohonan yang meningkat,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai langkah diambil minta untuk memberhentikan kejadian buli membarah secara sistemik di MTD.

Adly berkata, MTD bagaimanapun tidak ada kompromi dalam isu buli atau apa sahaja pelanggaran membabitkan isu disiplin yang lain.

Tegas beliau, pelajar, jurulatih atau kakitangan MTD dikenal pasti terbabit aktiviti buli tidak akan terlepas daripada tindakan disiplin dalaman dan undang-undang negara.

“Ada modul yang jelas (di MTD) dan ia sesuatu yang menjadi dasar kita. Tak sepatutnya ada atau berlaku apa yang disebut sebagai tindakan fizikal.

“Tindakan disiplin akan diambil, malah ia tidK mengira siapa pun yang melakukan buli sama ada pelajar atau jurulatih,” katanya.

Beliau menjelaskan, proses pemilihan kemasukan ke MTD meliputi pelbagai aspek termasuk melihat kewibawaan seorang pelajar.

Bagaimanapun, katanya, akibat pengaruh rakan, pelajar yang memiliki latar belakang yang baik boleh berubah sikap.

“Tugas kita di MTD dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) memastikan pelajar ini ada disiplin tinggi kerana mereka pelapis masa depan negara dan bakal menjadi barisan kepimpinan satu hari nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI