fbpx

Courts bangga raikan impian pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam Chee Foo (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Kempen Raya 2025: Tradisi bertemu raya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jenama Courts Malaysia Sdn. Bhd. (Courts Malaysia) sudah bertapak di negara ini sejak 1987 dan ia antara peruncit terbesar dan agak popular ketika itu kerana membantu pelanggan berbelanja membeli barangan keperluan rumah, peralatan elektrik dan menghiasi bilik tidur, dapur dan lain-lain tanpa melabur sejumlah duit yang besar tetapi hanya dengan menggunakan kemudahan pembiayaan yang disediakan secara ansuran.

Jadi tidak hairanlah jenama Courts itu masih kukuh daripada generasi ibu bapa hingga kepada anak-anak mereka.

Bagaimanapun, dalam persekitaran ekonomi yang lebih berbeza kini, Courts yang turut berdepan isu persaingan akan terus berinovatif dan mencari kelainan untuk terus berada di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Kewangan, Sam Chee Foo berkata, melalui inisiatif yang lebih agresif mempromosikan jenama, peraduan dan kempen, syarikat menyasarkan pertumbuhan yang lebih baik dan melihat segmen barangan teknologi maklumat (IT), gajet serta komputer akan menjadi penyumbang terbesar kepada jualan syarikat tahun ini.

“Kami tawarkan pelbagai barangan peralatan rumah dan barangan elektrik dengan sokongan daripada rakan perniagaan pada harga menarik dengan pelbagai pilihan pembayaran bulanan secara ansuran sehingga 60 bulan.

“Ini satu pilihan signifikan kepada mereka kerana kami melihat ia lebih penting untuk merealisasikan impian selama ini. Kita tidak mahu mereka menahan impian tersebut (kerana masalah kewangan) jadi Courts sedia membantu meraikan impian sekali gus dapat menyelesaikan masalah mereka,” katanya ketika ditemu bual KOSMO! dalam satu majlis baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh jelaskan tentang kempen terbaharu Courts menjelang musim perayaan ini?
Sam Chee Foo: Kami baru melancarkan Kempen Raya 2025 bertemakan Tradisi Bertemu Inovasi yang menawarkan pelbagai promosi dengan diskaun menarik kepada pelanggan.

Untuk persediaan menyambut Aidilfitri, kami tawarkan pulangan tunai berjumlah sehingga RM2.5 juta bagi setiap pembelian produk LG.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai sehingga RM2,500. Kami juga menawarkan diskaun eksklusif dengan potongan harga sehingga 30 peratus untuk jenama terkenal seperti Sharp, Sony, Silentnight dan NeckPro juga turut disediakan.

Ada juga kempen ‘Beli & Menang’ yang akan membolehkan pelanggan berpeluang memenangi banyak hadiah menarik. Antara hadiah yang kami tawarkan termasuk Samsung Galaxy S24 Ultra, TV Pintar Hisense dan baucar tunai bernilai RM1,000 untuk 38 pe­langgan yang berbelanja RM500 ke atas.

Apa perkembangan terbaharu Courts dan juga mungkin boleh jelaskan penglibatan ­Nojima?
Nojima APAC Limited (dahulunya dikenali sebagai (Courts Asia Limited), syarikat induk kepada peruncit utama Courts di Malaysia, Courts (Singapore) Pte Ltd, PT Courts Retail Indonesia serta Nojima Cambodia. Nojima APAC dimiliki sepenuhnya oleh Nojima Corporation, yang
berpangkalan di Yokohama, Jepun.

Kumpulan itu terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk peruncitan dengan lebih 800 cawangan.

Nojima mahu mengembangkan perniagaannya ke luar Jepun dan ia telah memilih Courts ke­rana berkeyakinan tinggi terhadap bisnes model sedia ada syarikat.

Antara faktor yang diambil kira untuk mengambil alih Courts pada tahun 2019 adalah rangkaian perniagaan yang menyeluruh di seluruh negara iaitu dari cawangan yang paling Utara di Jitra hinggalah kepada bahagian selatan di Kulai, Johor serta juga outlet di Sabah dan Sarawak. Nojima juga mengambil kira aspek pelan pengembangan Courts selama ini.

Berapa lama Courts bertapak di Malaysia dan cawangan Courts yang ada sehingga kini?
Kami sudah beroperasi selama 38 tahun dan sehingga kini memiliki 46 cawangan.

Adakah syarikat bercadang untuk melancarkan penjenamaan semula bagi me­ningkatkan nama Courts dalam kalangan pelanggan termasuk orang muda?
Kami tidak ada perancangan untuk menukar nama sedia ada sebab itu kami masih kekalkan nama Courts sebab ia sudah signifikan dengan masyarakat dan pasaran tempatan.

Ini kerana apabila kami bertanya kepada ramai pelanggan terutamanya golongan muda mereka sememangnya tahu tentang Courts sebab ibu ayah mereka membeli barangan elektrik dan perabot di Courts

Memang sebelum ini, dalam suatu tempoh, kami agak berdiam diri dengan tidak membuat sebarang pengumuman untuk mengembangkan perniagaan dan cawangan. Ketika itu ramai yang berpendapat, kami sudah tidak beroperasi, malah lebih memburukkan lagi keadaan apabila negara dilanda pandemik.

Itu yang membuatkan kami agak senyap dan tidak aktif dalam perniagaan. Tetapi sekarang kami telah kembali aktif dan merangka pelan pengembangan.

Adakah Courts berdepan dengan isu dalaman sehingga menyebabkan terpaksa ber­diam diri buat seketika?
Secara dalaman, kami sebenarnya tidak menyepikan diri, kami masih aktif berniaga, tetapi mungkin daripada pandangan masyarakat mereka berpandangan begitu.

Ketika itu, kami tidak mengumumkan sebarang perancangan baharu dan kami tiada idea yang inovatif. Kami cuma meneruskan semua aktiviti sedia ada yang biasa dilakukan.

Bagi kami, ketika itu, kami berasa tidak mengapa jika tidak berubah tetapi sebenarnya kami perlu berubah dan bergerak ke hadapan dengan lebih aktif lagi.

Sememangnya terdapat cabaran yang perlu dihadapi dan kami perlu berubah dan terus berge­rak.

Kami kini aktif membuat perubahan dalam aspek promosi dan mahu melihat pelanggan kami menikmati semua tawaran jualan yang dilancarkan.

Tawaran kami lebih fleksibel dan kami mahu memenuhi impian mereka untuk memiliki peralatan elektrik dan perabot serta peralatan rumah yang diidamkan selama ini.

Terdapat pelbagai pilihan pembayaran sehingga 60 bulan dan kini lebih menarik terdapat skim EZ Payment-i yang berlandaskan syariah. Ini adalah inisiatif kami untuk memenuhi keperluan pelanggan Muslim dan melalui perkhidmatan ini, ia akan meletakkan kami berada di hadapan.

Bagaimana usaha syarikat untuk berdepan dengan cabaran yang getir dalam ­industri?
Kami sedia menerima cabaran tersebut dengan usaha untuk terus berinovasi. Jika tidak lakukan, kami akan ketinggalan dalam pasaran.

Kami sepatutnya gembira berdepan dengan cabaran tersebut dan bukan mengelakkannya. Apa yang patut kami lakukan adalah memikirkan bagaimana cara untuk menerima cabaran serta persaingan tersebut. Jika tidak berani berhadapan cabaran tersebut, ia akan memberi kesan kepada pasaran dan juga pelanggan.

Apa perancangan syarikat pada tahun ini?
Kami akan membuka cawangan baharu dan juga membuat penambahbaikan serta pengu­bahsuaian pada mana-mana outlet yang agak lama. Kami mahu menjadikan ia lebih segar, lebih moden dengan rekaan pengubahsuaian yang dapat meme­nuhi keperluan pelanggan untuk mudah mereka mencari barangan yang dikehendaki. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI