fbpx

Belum boleh dedah hasil siasatan, nilai aset dirampas – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum boleh mendedahkan hasil-hasil penemuan kes empat bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri yang ditahan pada Jumaat lepas.

SPRM dalam kenyataan berkata, ini termasuk nilai wang atau aset-aset yang dijumpai selain tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa saksi lain akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Siasatan terhadap keempat-empat suspek yang dijalankan di bawah Seksyen 16a Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) masih diperingkat awal.

“SPRM meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada suruhanjaya ini menjalankan siasatan secara adil, telus dan profesional,” katanya hari ini.

Ujarnya, SPRM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada masyarakat mengenai siasatan dijalankan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan empat pegawai dikaitkan dengan mantan PM bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan rasuah dan pengubahan wang haram. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI