fbpx

‘Atok’ mahir buat senjata api ditahan bersama rakan dalam ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOF (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di IPD Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang ‘atok’ diberkas bersama seorang lelaki bersama senjata api disyaki digunakan untuk memburu binatang secara haram di sekitar daerah dalam satu operasi di ladang Pasir Panjang di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 65 dan 39 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan pada pukul 12 tengah hari di sebuah rumah di dalam ladang berkenaan.

“Hasil serbuan yang dibuat, polis merampas beberapa peralatan iaitu selaras senapang patah laras tunggal, dua buah bongkah kayu udi senapang, satu unit rumah picu trigger house, dua laras barrel dan handguard, 26 unit komponen senapang patah.

“Turut dirampas enam kotak yang mengandungi 170 butir peluru buckshot, sebuah kereta jenis Proton Wira serta 11 unit peralatan mesin, dan dua buah telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi hari ini.

Tambahnya, hasil semakan ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dadah namun suspek berusia 39 tahun mempunyai rekod lampau dadah.

Katanya, suspek pertama berusia 65 tahun mengakui memiliki senapang patah yang digunakan untuk memburu haiwan secara haram dan didapati tidak memiliki lesen senjata yang sah.

“Suspek utama berkenaan mahir dalam membuat dan membaiki senjata api difahamkan belajar dari arwah bapa mentuanya yang memiliki lesen sah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI