fbpx

ACC 2025: Catatan Sawda disahkan rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAWDA berada dalam kelas tersendiri ketika memenangi acara 1km ujian masa remaja wanita pada ACC 2025 semalam. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Atlet berbasikal trek remaja wanita negara, Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila catatan masa 1:10.818 saat (s) miliknya dalam saingan 1 kilometer (km) ujian masa remaja wanita disahkan sebagai rekod dunia acara tersebut.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasmi badan induk berkenaan hari ini.

“Sawda Hasbullah, pelumba berusia 17 tahun mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas dalam acara 1km ujian masa remaja wanita yang baru diperkenalkan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025,” tulisnya.

Sejarah baharu itu turut mendapat perhatian jaguh berbasikal trek tanah air, Datuk Azizulhasni Awang yang memuat naik berita gembira tersebut menerusi IG Story peribadinya sebentar tadi.

Terdahulu, catatan masa 1:10.818s itu hanya diumumkan sebagai rekod Asia, namun perkembangan baharu itu kini meletakkan Sawda sebagai pelumba terbaik dunia dalam acara 1km ujian masa remaja wanita.

Sebagai rekod, Sawda melakukan catatan itu ketika memenangi pingat emas acara tersebut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai Negeri Sembilan semalam.

Pelumba berusia 17 tahun itu mengetepikan cabaran Liu Shang Ying dari Taiwan yang berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa dimenangi atlet India, Harshita Jakhar (gangsa). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI