fbpx

88 jemaah Andalusia berangkat tunai umrah ziarah Istanbul-Bursa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Daud (tengah) bersama kumpulan jemaah yang memilih pakej umrah ziarah Istanbul-Bursa bakal berlepas dari KLIA Terminal 1 pada pukul 2.15 pagi ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Seramai 88 jemaah termasuk dua mutawwif di bawah pengendalian Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) berangkat menunaikan umrah ziarah Istanbul-Bursa pagi ini.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, kesemua mereka akan menaiki pesawat Saudi Airline dan berlepas pada pukul 2.15 pagi nanti.

Katanya, kumpulan jemaah kali ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur antara 10 hingga 80 tahun.

Menurut Md. Daud, istimewanya kumpulan kali ini kerama sebelum mereka menunaikan umrah, jemaah akan dibawa ziarah di Turkiye (Istanbul-Bursa).

“Di Turkiye kita akan berada selama empat hari tiga malam dan kemudian berangkat menyambut Ramadan di Madinah dan Mekah.

“Keuntungan kita (kumpulan ini) ada tiga, pertama sekali kita boleh pergi ke Istanbul dalam musim masih sejuk di sana, ada salji. Yang mana jemaah belum pernah tengok salji, ini masanya.

“Kedua, apabila kita ke Istanbul dan Bursa, kita akan ziarah banyak kawasan sebab banyak kesan-kesan Nabi disimpan dekat sana seperti rambut Nabi, pedang-pedang para sahabat dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini malam ini.

Tambahnya, jemaah juga berpeluang merasai menyambut hari pertama Ramadan di Madinah.

“Akhirnya kita dapat masuk Madinah, dan yang (hari) pertama puasa kita dapat berpuasa di Madinah,” katanya.

Bercerita lanjut, Md. Daud memberitahu, harga pakej umrah ziarah ini bermula dengan harga RM11,790 seorang untuk bilik berempat.

“Pakej ini adalah pakej ‘fullboard’ termasuk makan, minum sepanjang berada di Turkiye, Madinah dan Mekah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI