KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tujuh tindakan sita dan tiga notis tawaran kompaun terhadap penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar pasar pagi Taman OUG, Seputeh, di sini, kelmarin.
DBKL berkata, tindakan tersebut yang dilaksanakan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 turut dikenakan kepada peniaga yang membuat halangan di atas jalan awam.
“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di Facebook. – KOSMO! ONLINE