fbpx

Tukang cuci Indonesia ditahan curi rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Wanita warga Indonesia ditahan polis selepas didapati mencuri rantai tangan emas ketika melakukan kerja pembersihan di sebuah kedai emas di Ampang Point di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, siasatan mendapati kejadian terbabit dilakukan suspek seorang wanita berusia 31 tahun pada 31 Januari lalu.

“Perbuatan suspek sebelum itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) mengambil rantai tangan emas berkenaan di bilik pameran ketika sedang bekerja.

“Kehilangan barang kemas itu disedari pada 19 Februari lalu sebelum seorang penyelia kedai emas membuat laporan polis selepas mendapati rantai tangan emas tersebut lesap,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Azam, bertindak atas laporan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kemudian berjaya memberkas suspek 20 Februari lalu di lokasi berhampiran bersama barang rampasan.

“Saringan yang dijalankan terhadap suspek mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan direman selama empat hari bagi siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI