fbpx

Suami tawar ganjaran lebih RM2,600 maklumat isteri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR isteri Khomsan pada skrin sebuah telefon bimbit. - Foto Khaosod

BANGKOK – Seorang suami menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga isterinya yang hilang ditemukan, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Satu hantaran di platform Facebook menawarkan ganjaran 20,000 baht (RM2,632) kepada sesiapa yang memberikan maklumat mengenai isterinya yang dilaporkan hilang di wilayah Chon Buri sejak 19 Februari lalu.

Suami  dikenali sebagai Khomsan, 36, itu memberitahu,  dia hidup bersama isteriya selama lebih satu dekad dan mereka mempunyai tiga orang anak.

Isterinya hilang sekitar pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) dari kediaman mereka di daerah Ban Bueng, wilayah Chon Buri. 

Khomsan menyedari kehilangan isterinya pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) dan telah mencarinya sejak itu.

Satu-satunya petunjuk adalah rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran sebuah kedai di Nong Chak, daerah Ban Bueng, Chon Buri. 

Rakaman itu menunjukkan isterinya berjalan ke arah sebuah kedai menjual kenderaan yang terletak berdekatan.

Khomsan mendedahkan bahawa selepas kehilangan isterinya, dia memfailkan laporan di  Balai Polis Ban Bueng dan terus mencari mangsa.

Lelaki itu berkata, isterinya yang tidak membawa wang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI