fbpx

SPRM tahan empat pegawai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Sumber terdekat SPRM berkata, selain itu, pihaknya telah mendapatkan perintah reman ke atas semua suspek di Mahkamah Putrajaya.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha kepada suspek selama lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16a.

“Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI