fbpx

Pemilik KDA FC kecewa spekulasi murahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. DAUD

PEMILIK Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar membidas spekulasi bahawa pasukannya akan ‘gulung tikar’ sebaliknya ber­usaha untuk bangkit dengan lebih hebat bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 nanti.

Sebagai rekod, terdapat spekulasi bahawa skuad Sang Kenari menjadi salah satu pasukan Liga M yang akan ‘tutup kedai’ susulan kemelut kewa­ngan yang dialami pada sai­ngan musim ini.

Menurut Mohd. Daud, andai­an yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu sudah pasti menjejaskan reputasi bola sepak Kedah, tetapi pihak pengurusan kekal optimis masa depan Sang Kenari kekal terjamin musim depan.

“Banyak pihak yang membuat andaian dan kami popular dalam tiga atau empat minggu ini. Ia (laporan) kata tiga pasukan, gambar Kedah (jadi) hiasan. Jadi tidak adil, Kedah dianggap sebagai gambar hiasan yang murahan.

“Apa perasaan pemain, pegawai dan juga penaja kami. Saya rasa benda itu tidak sahih, tak perlu diwar-warkan sampai jatuhnya moral dan jiwa perjuangan bola sepak ini.

“Saya akui kita masih lagi memiliki hutang (tunggakan gaji) yang banyak, hampir mencecah 10 bulan.

“Justeru, saya dah cakap kepada pemain dan pegawai untuk bersabar ke­rana masih ada lima ke enam perlawanan yang perlu diharu­ngi. Kami jamin untuk selesaikan segalanya mengikut kemampuan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Daud mengakui pihaknya ketika ini bekerja keras untuk membersihkan semula nama bola sepak Kedah apabila bakal melantik bekas pemain antarabangsa Portugal sebagai duta rasmi pasukan pada masa akan datang.

Kata Mohd. Daud, jumlah keahlian kelab penyokong ‘The Wing’ yang dilancarkan pada baru-baru ini cukup penting kerana ia akan menjana pendapatan lumayan buat pasukan pada musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI