fbpx

Pembantu Awam SRIDI Paka dijemput ajal dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat Muhammad Naim yang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja di Jalan Felda Kerteh Dua-Tiga, berhampiran Ketengah Jaya, Dungun hari ini.

DUNGUN – Pembantu Awam Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Paka maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan kereta Proton Waja di Jalan Felda Kerteh Dua-Tiga, berhampiran Ketengah Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Naim Mohd. Nizam, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Naim dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Taman Rakyat Jaya di sini.

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan. Motosikal itu kemudian bertembung dengan Proton Waja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI