fbpx

Pemandu rentung, kereta terbabas rempuh penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemandu Honda City maut rentung selepas dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu yang tidak dapat dipastikan identitinya rentung apabila kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di Taman Setia Tropika, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II, Mohd. Yazid Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.58 pagi sebelum  tujuh anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa yang tidak dapat dipastikan identiti dan jantinanya telah maut akibat rentung di tempat duduk pemandu.

“Kenderaan jenis Honda City dinaiki mangsa berada dalam keadaan 90 peratus musnah terbakar dipercayai selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI