fbpx

Pantai popular bertukar ungu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantai Half Moon Bay bertukar menjadi ungu. - Foto MEN Media

LONDON – Sebuah pantai popular di Lancashire, England bertukar warna ungu dan biru termasuk pasirnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Beberapa agensi pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada pengunjung yang ingin beriadah di tepi laut tentang kejadian itu.

Majlis Perbandaran Lancaster memberitahu: “Kami menyedari apa yang kelihatan seperti tumpahan minyak di pantai Half Moon Bay, Heysham dan sedang bekerjasama dengan agensi lain untuk menyiasat serta menangani kejadian ini.

“Tolong jauhi kawasan ini semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan.”

Majlis perbandaran dan Polis Lancaster berkata, siasatan terhadap ‘insiden pencemaran’ itu sedang dilakukan.

Seorang netizen kemudian mengulas di Facebook: “Perkara yang benar-benar dahsyat telah berlaku.”

“Oh, ini tempat kegemaran saya,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI