fbpx

Negara boleh kaya kalau pemimpin tidak sibuk cari kekayaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa diberi kebebasan sepenuhnya bagi melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, termasuk dalam membasmi aktiviti jenayah rasuah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak berdendam dan sengaja mencari salah agar sesuatu kes itu disiasat, namun sebaliknya mahu memastikan amalan yang melanggar tatakelola segera ditangani.

Katanya, negara-negara, seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Eropah sekarang berlumba-lumba mengangkat keupayaan teknologi, artificial intelligence, digitalization, bicara tentang bagaimana negara boleh berubah cepat dengan transisi tenaga, tidak boleh bergantung kepada tenaga lama.

“Kita? riuh rendah tentang hal-hal yang remeh dan titik bengik dan bergaduh di antara satu sama lain.

“Kita beri kebebasan kepada polis menjalankan kerja mereka dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan tugasnya untuk kutip cukai, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya menghentikan amalan rasuah.

“Ada orang kata saya ni dendam, hanya cari salah. Tidak, itu tidak benar, saya hanya beri kebebasan betul-betul. Saya beritahu Jemaah Menteri, kita tidak campur,” jelasnya ketika berucap merasmikan Alamanda Berwajah Baharu di sini, hari ini.

Tambah Anwar, Malaysia boleh kaya jika pemimpinnya tidak sibuk mencari kekayaan untuk diri sendiri namun, rakyat tidak dijaga dengan betul.

“Negara boleh kaya, tapi kalau pimpinannya itu sibuk cari kekayaan untuk diri, bila hendak jaga rakyat? dan bila ada keterlanjuran guna kuasa sampai kaya ratus-ratus juta di sini simpan, di sana simpan, dalam negara simpan, luar negara simpan, bila kita hendak ambil tindakan tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh.

“Kita jangan dendam. Jadi negara rosak. Sebab itu kita kena tegas, anak-anak muda terutamanya kena ingat, pak cik ini ambil sikap tegas. Kerana nak hentikan amalan ini. Jadi saya hendak rakan-rakan faham,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI