SHAH ALAM – Pengacara Gempak Most Wanted Awards (GMWA) , Amelia Henderson bertukar menjadi penari ballet di atas pentas sewaktu membuat persembahan pembukaan dalam acara yang berlangsung di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 30, tampil memukau dalam busana ‘ballerina’ skirt tutu berwarna merah jambu.
Aksi lincahnya dengan gerak tubuh fleksibel berjaya membuatkan seluruh penonton yang hadir terpukau dengan persembahannya.
Turut membuat persembahan pembukaan ialah Sherry Al Hadad dan Sean Lee selalu pengacara bersama.
Penyanyi Hael Husaini dan Nadeera Zaini turut sama membuka acara dengan rangkaian lagu-lagu FYP selain berduet lagu Bukan Lagi Kita yang baru sahaja dinobatkan sebagai Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 baru-baru ini.
GMWA tahun ini mempertaruhkan 12 anugerah untuk pelbagai kategori merangkumi selebriti, pempengaruh, rancangan televisyen dan konten digital. – KOSMO! ONLINE