NEW DELHI – Seorang lelaki terselamat daripada ‘serangan hendap’ seekor ular berbisa kerana dia memakai topi semasa menggunakan telefon bimbit, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.
Rakaman video kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di India, dikongsi di platform X menerusi akaun ‘Nature is Amazing’ sebelum tular di media sosial.
Ia memaparkan lelaki tersebut duduk di pondok buluh dan bercakap di telefon bimbit tanpa sedar seekor ular berada di belakangnya.
Ular tersebut mematuk topi yang dipakai lelaki itu.
Video itu ditayangkan bersama keterangan: “Dia diselamatkan oleh topi.”
Ramai netizen memberikan komen dengan seorang daripada mereka berkata: “Lelaki itu tidak tahu betapa bernasib baiknya dia.”
“Topi itu menyelamatkan nyawanya,” kata netizen lain. – AGENSI