fbpx

KKM arah Shopee, TikTok henti iklan gula-gula ‘gummy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai Sistem Pengurusan Data Klinik Berasaskan Awan di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah drastik mengarahkan platform jualan secara dalam talian untuk menghentikan penjualan gula-gula kenyal ‘gummy’ yang meragut nyawa kanak-kanak lelaki di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menghentikan penjualan gula-gula itu di platform dalam talian.

“Pagi ini kita mengarahkan platform Shopee dan TikTok untuk menurunkan iklan yang menjual gula-gula ‘gummy’ itu.

“Kita juga mengarahkan PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) seluruh negara untuk melakukan penguatkuasaan di premis fizikal dan merampas produk yang masih dijual,” katanya selepas merasmikan Majlis Peluncuran 1,000 Hari Pertama Kehidupan: Kajian Longitudinal di Langkawi dan Sistem Pengurusan Data Klinik Berasaskan Awan di sini hari ini.

Sebelum ini, KKM dalam kenyataannya memaklumkan, gula-gula ‘gummy’ yang dijual menyalahi keperluan pelabelan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Akta Makanan 1983.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI