WASHINGTON – Syarikat Alef Aeronautics menerbitkan rakaman video memaparkan kereta terbang berkuasa elektrik bergerak di jalan raya sebelum berlepas secara menegak, lapor laman reka bentuk dezeen kelmarin.
Kereta Alef Model Zero itu kemudian terbang dan memotong kenderaan lain yang berada di bawahnya. Kejadian itu dirakam di sebatang jalan di California.
Aksi itu dilakukan semasa ujian penerbangan di San Mateo, Rabu lalu.
Menurut Alef Aeronautics: “Ujian pertama dalam sejarah pemanduan kereta dan berlepas menegak di sebuah bandar.
“Ujian pemanduan dan penerbangan ini mewakili bukti penting teknologi dalam persekitaran bandar dunia sebenar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alef Aeronautics. Jim Dukhovny.
Namun, ia dianggap sebagai kenderaan berkelajuan rendah dengan kelajuan memandu maksimum kira-kira 40 kilometer sejam. – AGENSI