fbpx

Jentera F1 kembali guna enjin V10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA F1 ketika ini menggunakan unit kuasa 1.6 liter V6 turbo hibrid dan perubahan untuk kembali menggunakan enjin V10 sedang dikaji FIA. – AFP

LONDON – Formula Satu (F1) mungkin bakal kembali dengan deruman enjin yang lebih garang apabila Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mempertimbangkan penggunaan semula enjin V10, tetapi dengan menggunakan bahan api lestari.

Sejak 2014, jentera F1 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter V6 turbo hibrid yang canggih, namun lebih senyap berbanding enjin V10 yang pernah memukau peminat sehingga kali terakhir digunakan pada 2006.

Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, membangkitkan idea ini menerusi hantaran di Instagram selepas pelancaran rasmi 10 pasukan F1 di London minggu lalu.

“Pelancaran F1 di London minggu ini mencetuskan banyak perbincangan positif mengenai masa depan sukan ini. Walaupun kami menantikan peraturan 2026 mengenai casis dan unit kuasa, kami juga perlu menerajui trend teknologi dalam sukan permotoran.

“Kita harus mempertimbangkan pelbagai hala tuju, termasuk membawa kembali deruman enjin V10 dengan bahan api lestari. Namun, apa jua keputusan, kita perlu memastikan kawalan kos dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menyokong pasukan dan pengeluar,” kata Sulayem.

Menurut jurucakap FIA, perbincangan dengan pihak berkepentingan sedang dijalankan mengenai hala tuju teknikal F1 selepas 2030, dengan sebuah kumpulan kerja dijangka ditubuhkan bagi mengkaji semua kemungkinan.

Ketua Eksekutif F1, Stefano Domenicali sebelum ini pernah membayangkan keperluan untuk mempertimbang semula reka bentuk enjin.

“Jika bahan api lestari benar-benar berfungsi dengan pelepasan sifar, mungkin kita tidak lagi perlu menggunakan enjin yang terlalu rumit atau mahal untuk dibangunkan.

“Jadi, kita boleh kembali kepada enjin yang lebih ringan, lebih kuat, dan dengan bunyi yang lebih mengujakan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN