fbpx

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga Ishsam menyirami pusara, ketika di Tanah perkuburan islam Rapat setia pada jam 11 pagi ini. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini pada pukul 11 pagi tadi.

Kira-kira 300 orang hadir yang terdir daripada ahli keluarga, rakan politik serta kenalan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada wakil rakyat dan pemain bola sepak profilik itu.

Terdahulu, kira-kira 1,000 jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan oleh Azmuley Abdul Aziz di Masjid An-Nur, Desa Sri Ampang.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Ishsam dilaporkan telah pengsan dan tidak sedarkan diri semasa bersalaman dengan pemain sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 5. 20 petang semalam.

Bagaimanapun, Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang pada pukul 6.28 petang hari sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI