fbpx

Identiti lelaki buta digilis LRT belum dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki OKU buta penglihatan yang maut digilis selepas terjatuh di landasan LRT Titiwangsa, semalam.

KUALA LUMPUR – Identiti mayat lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang maut akibat terjatuh dan dilanggar tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, di sini, semalam masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, seramai empat individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes terbabit termasuk pengadu dan petugas LRT.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti. Setakat ini empat percakapan telah dirakam,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Semalam, Ahmad Sukarno berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.05 pagi.

Katanya, kejadian melibatkan lelaki OKU itu dipercayai berlaku sekitar pukul 7.45 pagi.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh di kawasan rel sebelum dilanggar oleh sebuah tren yang melintasi kawasan tersebut.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa sebelum terjatuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI